Jenis-Jenis Kain Pasang

Terdapat banyak jenis kain pasang atau kain ela yang mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak yang menarik. Selalunya kita sebagai pembeli rambang mata dibuatnya. Kena pula masa membeli itu pergi dengan suami. Boleh masam mencuka wajah kacak si dia tu menunggu kita memilih kain :).

Sebelum membeli, elok rasanya kita kenali dulu jenis-jenis kain pasang yang nak dibeli

Jom baca sikit tentang beberapa jenis kain pasang yang ada di pasaran kita ni

Jenis Polister.
Kelebihan kain pasang jenis ini, ianya lebih mudah di jaga. Nampak cantik dan tidak mudah kusut. Selain itu, harganya juga boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Tapi jenis kain pasang ini sangat tidak sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh, sebab sifat kain pasang ini jenis tidak menyerap peluh. Bila dah berpeluh mesti rasa tidak selesa kan. Keyakinan diri pun hilang sikit :)

Kain Satin.
Kain pasang jenis ini memang cantik dan lembut. Kain pasang satin yang biasa kita nampak ciri-cirinya, berkilat dan walaupun tebal tapi masih lagi lembut. Warna kain satin juga menjadi faktor kepada kelembutan kain. Kalau anda pegang dan rasa jenis kain pasang satin, biasanya warna putih lebih lembut. Selain warna putih munkin agak keras sikit.

kain cotton, kain cotton murah, kain cotton vietnam, kain cotton viscose

Kain Cotton

Jenis Cotton.
Dah ramai yang memilih kain jenis cotton sebagai material untuk dibuat baju kurung. Baju yang dihasilkan dari jenis kain cotton ini lebih selesa dan sejuk dipakai berbanding kain jenis lain. Ok lah..sutera pun sejuk, tapi dari segi harga, kain cotton lebih ekonomi. Mampu milik untuk orang kebanyakkan macam kita ni. Cara penjagaan pun tidak rumit seperti kain sutera.

Itu sahaja sedikit cerita jenis-jenis kain pasang yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda. Maklumat yang kami tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit bahan bacaan di internet.

Munkin anda ada maklumat lain yang boleh dikongsikan mengenai jenis-jenis kain pasang yang lain. Boleh kongsikan dan tuliskan melalui ruangan komen dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge